Wednesday 22 May 2013

MUDAHNYA SIFIR

Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan terhadap kepentingan sifirdalam menjawab soalan. Bagi menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan sifir.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih ga...gap bila ditujukan sifir. ditanya 4x9, 3 minit kemudian baru datang jawapan 36. ditanya lagi 9x4, memakan masa lagi 2 minit untuk jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.

oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi mengeluarkan jawapan sifir.. (#perlu diingat hafaz itu lebih efisien).. tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak langsung
Taktiknya....
Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9

Contoh: 7 darab 8= 





cara-cara

1. Cantumkan
 jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.

2.
 Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).

3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3.
Darabkannya3x2 menjadi 6.

oleh itu, jwpnnya 
56. Boleh cuba dengan darab nombor lain ... selamat mencuba

Mudah kan.. ingat.. "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"

1 comment:

  1. Bagus blog cikgu memberi maklumat mengenai matematik,

    ReplyDelete